CIMA

Wednesday, 31 October 2012

Mencintai isteri yang dimaksudkan di sini adalah perasaan rasa kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Seorang suami yang bertanggungjawab dan cinta kepada isterinya tidak akan mengabaikan isterinya baik dari segi kehidupan di dunia ma
hupun perjalanan menuju ke akhirat.

Suami adalah pemimpin kepada keluarganya dan isteri pula adalah penasihat terbaik bagi suaminya. Selain itu isteri juga memberikan ketenangan dan tempat mengadu kasih, mengadu masalah, bermanja-manja dan keperluan-keperluan emosi lain oleh suami.

Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Dunia ialah kesenangan. Sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah.” [1410] Sahih Muslim

Oleh kerana besar dan pentingnya peranan isteri kepada suami, maka menjadi tanggungjawab suami agar menjaga pula perasaan dan emosi isteri agar masing-masing dapat menjalankan kewajipan masing-masing dan seterusnya dapat membina keluarga Islam yang cemerlang; dan seterusnya membentuk generasi masyarakat Islam yang hebat.

5. Membantu Urusan Rumahtangga

Dari Aswad r.a, katanya : Saya bertanya kepada Aisyah r.anha, apa yang dilakukan Nabi saw dalam rumahtangganya. Ia berkata, “Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.” [1707] Sahih Bukhari

Suami yang mencintai isterinya juga sebaiknya membantu kerja-kerja rumah dan bukan menganggap isterinya sebagai ora
ng gaji. Membantu isteri membuat kerja-kerja rumah juga mendapat pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah saw.

Al-Tabari meriwayatkan dari Aisyah r.ha dan ujarnya, Baginda saw membantu kerja-kerja rumah membantu isterinya seperti memotong daging, menyapu rumah malah membantu khadamnya melakukan tugas. Dalam riwayat lain pula menyatakan, Rasulullah saw menjahit pakaiannya, menampal kasutnya dan seperti lelaki lain juga yang membantu tugas isterinya. (Sumber dari Kertas Kerja Dr. Abdullah Nasih Ulwan – Jawapan Poligami Rasulullah saw)

4. Bersabar Dengan Kerenah Dan Maafkanlah Mereka

Terjemahan : Surah An-Nahl [16] : 92

92. Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat....

Mengikut tafsir Ibn Katsir ayat di atas adalah ayat perumpamaan. Perumpamaannya mengenai orang yang melanggar janjinya setelah bersumpah.

Tetapi perumpamaan dalam Al-Quran sangat hebat dan kadangkal
a satu ayatnya mengandungi pelbagai makna dan pengajaran yang boleh diambil, asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat, ilmu pengetahuan atau bertentangan dengan Al-Quran dan hadis yang lain.

Mengapa ayat di atas tidak ditulis lelaki yang menguraikan simpulan? Ini kerana yang selalu kita lihat, lelaki apabila menjumpai simpulan pasti akan mengguntingnya saja. Perempuan pula lebih sabar dan teliti. Ini adalah perumpamaan.

Di sebalik kesabaran dan ketelitian wanita menguraikan simpulan tersebut, lelaki melihatnya sebagai; wanita itu suka kepada perkara yang remeh dan banyak kerenah. Inilah antara perbezaan besar antara lelaki dan wanita dan yang indahnya, perbezaan inilah yang menerbitkan komunikasi. Komunikasi pula membantu menjana hubungan suami isteri supaya sentiasa hangat.

Oleh kerana itu kadangkala kita melihat wanita lebih banyak bercakap dan cakapnya pula kadangkala ‘tidak bertapis’. (Terdapat juga di dalam hadis-hadis mengenai perkara ini seperti apa yang dilakukan oleh isteri-isteri Rasulullah saw kepada Rasulullah saw sendiri serta kepada madu mereka Safiah binti Huyay (keturunan yahudi). Rasulullah saw telah mengendalikannya dengan penuh bijaksana).

Janganlah difikir sangat perkara itu kerana itu memang fitrah wanita (banyak kerenah dan kadangkala sukar difahami kerana dalamnya perasaan mereka). Jangan sekali-kali kerana hal itu (terasa hati kerana percakapan wanita), kita memukul dan mencaci-caci mereka. Bersabarlah dengan isteri dan sentiasa memaafkan mereka. Di dalam hadis;

Dari Muawiyah Al-Qusyairi r.a : (Lanjutan dari hadis di atas).... “Janganlah kalian memukul mereka (isteri) dan jangan pula mencaci mereka.” [2144] Sahih Abu Daud

Dari Aisyah r.ha, ia berkata : Rasulullah saw tidak pernah memukul seorang pun dari pembantu beliau dan tidak juga isteri dan Beliau tidak pernah memukul apa pun dengan tangan Beliau. [1627] Sahih Ibnu Majah

3.ADIL

Dari Muawiyah Al-Qusyairi r.a : Saya mendatangi Rasulullah saw, aku bertanya, ‘Nasihat apa yang akan engkau katakan (yang harus kami lakukan) terhadap isteri-isteri kami?’

Rasulullah saw menjawab, “Berilah mereka makan dari apa-apa yang kalian makan, dan berilah mereka pakaian dari apa yang kalian pakai. Janganlah kalian memukul mereka dan jangan pula mencaci mereka.” [2144] Sahih Abu Da
ud

Bersikap adillah kepada isteri dan jangan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Maksud adil di sini adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dalam segala hal. Kadangkala suami membeli pakaian yang mahal tetapi isteri hanya dibelikan pakaian yang murah. Suami makan daging, tetapi isteri hanya dibelikan nasi lemak ikan bilis.

Sepatutnya, apa yang suami makan atau pakai hendaklah sama juga apa yang diberikan kepada isterinya malah kalau boleh biarlah apa yang diberikan kepada isteri itu lebih dari apa yang kepunyaan suami demi menjaga perasaan dan emosinya.

Sebenarnya ia bukan terhad kepada perkara makan dan pakai sahaja, tetapi ia adalah peringatan yang menyeluruh dari Rasulullah saw. Makanan dan pakaian itu salah satu contoh sahaja.

2. Memimpin Isteri

Terjemahan : Surah An-Nisaa' [4] : 34

34. Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.

Lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita bermaksud; menyeluruh dalam ertikata sebagai pemimpin, ketua neg
ara, hakim, pendidik atau pembimbing kepada wanita. (Tafsir Ibn Katsir).

Memimpin isteri bermaksud menjagai dia dengan mengajar ciri-ciri wanita Islam, akhlak, ibadah serta tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang isteri dan Islam tanpa melupakan tanggungjawab diri sendiri (suami). Maksudnya si suami perlulah mempunyai ilmu-ilmu Islam yang benar untuk mengajar isterinya.

Oleh itu, para wanita yang belum berkahwin hendaklah memilih bakal suaminya seorang yang faham dan taat akan Islam agar suaminya layak menjadi pemimpin kepada rumahtangga. Kacak dan berharta juga penting, tetapi tidak sepenting ketaatan dan keilmuannya dalam agama.

Rasulullah saw telahpun menerangkan cara-cara mendidik wanita secara umum, tetapi jelas dan padat.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ajarilah wanita itu dengan cara sebaik-baiknya kerana sesungguhnya perempuan itu dijadikan (seumpama) dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk paling bengkok ialah yang di atas sekali.

Jika engkau memaksa meluruskannya, nescaya (patah) dan jika engkau biarkan saja, sentiasa ia akan bengkok. Sebab itu, nasihatilah perempuan itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” [1467] Sahih Bukhari dan Sahih Muslim [1411 hingga 1413]

Ertinya jika suami terlalu tegas (garang, baran atau seumpamanya) tentu rumahtangga tidak bahagia. Jika membiarkan saja si isteri, contohnya membiarkan isteri tidak menutup aurat di luar rumah, bergaul bebas atau membiarkan saja ia membuat sewenangnya, maka rumahtangga juga tidak bahagia.

Hendaklah berada pada pertengahan di antaranya, iaitu meletakkan sikap lembut, tegas atau marah sesuai pada tempat dan keadaannya. Selain itu suami juga perlu setia kepada isterinya.

Setia kepada isteri juga adalah sunnah Rasulullah saw, sebagaimana setianya Rasulullah saw kepada isterinya Khadijah binti Khuwailid (antara empat wanita terbaik di alam semesta) walaupun setelah ia meninggal dunia.

1. Keutamaan Mencintai Isteri

Di antara akhlak manusia yang paling baik adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya. Mencintai isteri juga adalah mengikuti sunnah Rasulullah saw. Sesetengah orang menganggap mengikuti sunnah Rasulullah saw itu dengan memakai jubah, serban, bercelak dan lainnya.

Tetapi, sebenarnya berbuat baik kepada isteri juga adalah sunnah. Malah ia lebih utama untuk diikut
i kerana ia membabitkan kewajipan seorang suami dan hak isteri.

Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri ku.” [1621] Sahih Ibnu Majah

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” [1162] Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidz

~~~~~~~CINTA ALLAH~~~~~~

Cinta Allah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang
 bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.
Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.
Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.
Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.
Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.

Thursday, 11 October 2012

LO SENTIMOS

MEMAAFKAN SESEORANG ITU MUDAH!!!!!!!
TAPI UNTUK KEMBALI PERCAYA,,,,,
PADA SI DIA LAGI BUKAN SESUATU
YANG MUDAH..........

8 pengertian cinta menurut AL-QURAN...........


menurut hadis Nabi,orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya(man ahabba sya`an katsura dzikruhu),kata Nabi,orang juga bisa diperbudak oleh cintanya(man ahabba syai`an fa huwa).Kata Nabi juga ,ciri dari cinta sejati ade 3: (1)lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,(2)lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,dan (3)lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.bagi orang yang telah jatuh cinta kepada ALLAH SWT,maka ia lebih suka  berbicara dengan ALLAH  SWT,dengan membaca firman nya,lebih suka bercengkerama dengan ALLAH SWT dalam i`tikaf,dan lebih suka mengikuti perintah ALLAH SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Quran cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

  1. cinta mawaddah adalah cinta mengebu-gebu ,membara dan"nggemesi".orang yang memiliki cinta jenis mawaddah,maunya selalu berdua,enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya.ia ingin memonopoli cintanya,dan hampir tak bisa berfikir lain.
  2. cinta rahmah, adalah cinta yang penuh kasih sayang,lembut,berkorban dan melindungi.orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri .baginya yang penting adalah kebahagiaan kekasih meski untuk itu harus menderita.ia sangat memahami kekurangan kekasih nya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.termasuk dalam cinta rahmah adalah  cinta antara  orang yang bertalian darah ,terutama cinta orang tua terhadap anaknya,dan sebaliknya.dari itu maka dalam AL-QURAN ,kerabat disebut al-arham,dzawi al-arham,yakni orang2 yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri,yang berasal dari kasih sayang ibu,disebut rahim(dari kata rahmah).sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.selanjutnya diantara orang2 yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim,atau silaturrahim arti nya menyambung tali kasih sayang.suami istri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahman sekaligus biasanya saling setia zahir batin dunia akhirat.
  3. cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara,sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal2 lain cenderung kurang diperhatikan.cinta jenis mail ini dalam Quran disebut dalam conteks oarng poligmi  di mana ketika sedang jatuh cinta kepadayang muda (an tamilu kulla al mail),cenderung mengabaikan kepada yang lama.
  4. cinta syaghaf.adalah cinta yang sangat mendalam,alami ,orisinil dan memabukkan.orang yang terserang cinta jenis syaghaf(qad syaghafaha hubba)bisa seperti orang gila,lupa diri dan hampir2 tak menyadari apa yang dilakukan.AL-Quran menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya zulaikha,isteri pembesar mesir kepada yusuf.
  5. cinta ra`fah ,iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma2 kebenaran,misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak membangunkannya untuk solat,membelanya walaupun salah.AL-QURAN menyebut term ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum ALLAH,dalam hal ini bagi hukuman bagi pezina(Q-24:2)
  6. cinta shobwah,iaitu cinta buta,cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak.AL-QURAN menyebut term ini ketikamengisahkan bagaimana Nabi yusuf  berdoa agar dipisahkan dengan zulaikha yang setiap hari menggoda(mohon dimasukkan penjara saja),sebab jika tidak,lama kelamaan yusuf tergelincir juda dalam perbuatan bodoh,wa illa tashrif`anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)
  7. cinta syauq(rindu) term ini bukan dari AL-QURAN tetapi dari hadis yang menafsirkan AL-QURAN.dalam surat al-ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa ALLAH pasti waktunya akan tiba.kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma`tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as`aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa`ika, aku mohon dapat rasakan nikmatnya memandang wajah mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan mu. menurut ibn al Qayyim al jauzi dlam kitab raudlat al muhibbin wa nuzhat al musytaqin,syauq(rindu) adalah  pengembaraan hati kepada kekasih(safar al qalb ila al mahbub),dan cinta yang apinya berada di dalam hati percinta,hurqat al mahabbah wa iltihab naruha fi qalb al muhibbi.
  8. cinta kulfah,yakini perasaan cinta yang di sertai kesedaraan mendidik kepada hal2 yang positp meski pn sulit,seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu.membersihkan tempat tidor sendiri.walau ade yang membantu.jenis cinta ini disebut AL-QURAN ketika menyatakan bahwa ALLAH tidak membebani sesorang kecuali sesuai dengan kemampuannya,la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Wednesday, 10 October 2012

99 keping duit emas!!!!!!!!!!!????????????


Seorang raja tiba-tiba terjaga dari tidur kerana terdengar satu nyanyian indah dari salah seorang tukang kebun istananya. Raja melihat dari jendela ke arah si tukang kebun yang sedang menyanyi. Wajah tukang kebun itu ceria tanpa ada tanda-tanda kerisauan. Sedangkan pada waktu malam tadi si raja tidak dapat melelapkan mata sehinggalah fajar menjelma. Barulah raja dapat tidur.

Raja termenung hinggakan kedatangan perdana menterinya tidak disedari. Perdana menteri menegur raja kemudian bertanya " Apakah gerangan Tuanku termenung jauh". Akhirnya diceritakan halnya kepada perdana menteri. Perdana menteri menjenguk ke luar jendela dan mendapati seorang tukan kebung girang menyanyi.

Lalu perdana menteri memanggil tukang kebun dan bertanya " Tuanku raja memanggil kamu kerana ingin tahu apakah sebabnya kamu rasa sangat gembira" Tukang kebun menjawab " Patik tidak merasakan susah apa-apa kerana patik merasakan cukup dengan gaji yang patik dapat dan keluarga patik redha dengan apa yang kami ada".Kemudian perdana menteri menyuruh tukang kebun beredar.

Perdana menteri pun berkata " wahai tuanku jika tuanku ingin tahu rahsianya, tuanku ikut patik ke rumah tukang kebun itu. Patik ingin meletakkan di hadapan rumahnya satu kantung yang berisi 99 duit emas".

Malam itu raja bersama perdana menteri duduk di suatu sudut agak jauh dari rumah si tukang kebun.Bila mendapati keadaan sekeliling tiada sesiapa, lalu perdana menteri meletakkan kantung yang di bawa bersamanya di hadapan rumah tukang kebun.

Tukang kebun keluar rumah dan mendapati ada kantung, bila diperiksa maka ia mendapati ada duit emas. Si tukang kebun mengira duit dan mendapati jumlahnya hanya 99 keping duit emas sahaja. Tukang kebun masuk ke dalam rumah dan tidak lama kemudian ia keluar setelah mendapati keluarganya sudah tidur. Tukang kebun terbongkok-bongkok mencari sesuatu.Kedengaran suara tukang kebun berbunyi perlahan " Pasti satu dinar telah tercicir berhampiran dengan kawasan ini". Melihat keadaan sedemikian maka perdana menteri mengajak raja balik ke istana.

Keesokkan harinya, tiada lagi suara merdu di wajah tukang kebun dan tiada lagi wajahnya keceriaan. Hanya yang ada adalah wajah sugul dan keletihan. Malah tukang kebun itu sesekali mengeluarkan suara marah dan rungutan.

Maka berkatalah perdana menteri kepada raja " Begitulah wahai tuanku jika seseorang ingin lebih dari apa yang ia miliki, ada ketamakkan dalam dirinya dan menghalalkan apa jua cara untuk memenuhi hasratnya maka akan dicabut ketenangan dalam dirinya".

JGN JADIKAN PERKAHWINAN SeBaGai PUSARA RUMAH TANGGA


Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya derhaka. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Pantang tersilap berhamburan kata-kata menusuk kalbu. Dek tekanan pekerjaan dan hidup, isteri dan anak-anak dijadikan tempat melepaskan amarah dan geram. Lebih dahsyat lagi tubuh isteri yang sewajarnya dibelai dengan penuh kasih sayang dijadikan ‘punch bag”. Terkadang menerjah juga di benak si isteri, telah hilangkan cinta. Inikah tanda dia menyayangi. Pelbagai sangkaan menyelinap di ruang hati. Lantas syaitan memasukkan jarumnya. Hasutan demi hasutan agar dua insan menjauhkan diri dari RabbNya.

Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam.Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Keikhlasan berganti keterpaksaan.Pahala yang ingin diraih tetapi dosa yang digalas.Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.  Segala-galanya menjadi semakin suram dan bungkam… seakan-akan pusara.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Setiap sen pendapatan suami aku yang punya. Pantang suami keluar rumah deringan telefon suami berbunyi berselang 15 minit. Setiap inci jejak sisuami kalau boleh hendak diselidik.Bertalu-talu soalan ibarat M16 apabila suami terlewat tiba. Pantang ditegur suami, menyinga amarahnya…katanya terlalu mengongkong.Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Dibiarkan suami sendiri. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Arahan suami mesti ditunai segera, jangan bertangguh jangan sekejap lagi. Aku suamimu aku syurgamu. Boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Memberontak dalam diam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Antaranya  sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh menunjukkan protes, wajah masam mencuka, membalas dengan perlakuan yang kasar, tutur kata yang menghiris hati sisuami,memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur dan pelbagai lagi ragam yang menumpukkan dosa-dosa. Ah di manakah kekuatan cinta..di manakah janji-janji..di manakah letakknya Allah..kerana ego dan emosi mendahului iman tiada lagi rumahku syurgaku yang terbina rumahku nerakaku.

Itulah walhasilnya tatkala ego dan emosi membelenggu jiwa. Cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Hati berparut dan luka yang menanah. Tautan hati seolah-olah telah tiada. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:

“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Sunday, 7 October 2012

Mencari Ketenangan Hati

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.
Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)
Firman Allah lagi:
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan –forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?
Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
Rasa kehambaanRasa bertuhanMemahami maksud takdirMendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Rasa Kehambaan
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.
Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.
Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?
Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
Rasa Bertuhan
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.
Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis
Memahami Maksud Takdir Allah
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"
Mendapat Hikmah Bila Diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

KESEDERHANAAN

   *KESEDERHANAAN

    Sebagaimana Al-Quran al-Karim telah memberikan batasan mengenai apa yang boleh kita makan.Al-Quran yang telah memberi batasan pada kita mengenai kadar makanan kita.Allah s.w.t. telah berfirman,

 ("Makan dan minumlah,dan jangan berlebih-lebihan...") - al-A`raaf : 31-

  Sebahagian orang alim mengatakan,"Allah telah mengumpulkan inti perubatan dalam separuh ayat yang berbunyi, "makan dan minumlah,dan jangan berlebih-lebihan..."

  Diriwayatkan oleh ibnu jarir dari ibnu abbas,ia mengatakan, "Allah telah menghalalkan makan dan minum selama tidak berlebih-lebihan.atau merosakkan.Al-Hafiz`abu Ya` la telah meriwayatkan dalam musnadnya dari Anas bin Malik, ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda ,

(" Sesungguhnya termasuk berlebih-lebihan,jika engkau makan seluruh apa yang engkau sukai.")

  Berlebih-lebihan adalah sifat yang tercela,Allah s.w.t. telah berfirman,

(" Dan sesungguhnya orang-orang yang berlebih-lebihan,mereka itulah penghuni neraka.")- al-Mu`min:43-

 telah meriwayatkan Iman Ahmad dari miqdad bin Ma`diykariba al-kindi.dari Nabi s.a.w.,

("Tidaklah bani Adam itu memenuhi suatu kantung yang lebih buruk dari perutnya.Hendaklah secukupnya bani Adam itu beberapa makanan sekadar untuk menegakkan badannya.Maka apabila tidak memungkinkan,handaklah ia mengisi sepertiga untuk makanannya.sepertiga untuk minumannya,dan sepertiga lainya untuk nafasnya.")