CIMA

Wednesday, 31 October 2012

Mencintai isteri yang dimaksudkan di sini adalah perasaan rasa kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Seorang suami yang bertanggungjawab dan cinta kepada isterinya tidak akan mengabaikan isterinya baik dari segi kehidupan di dunia ma
hupun perjalanan menuju ke akhirat.

Suami adalah pemimpin kepada keluarganya dan isteri pula adalah penasihat terbaik bagi suaminya. Selain itu isteri juga memberikan ketenangan dan tempat mengadu kasih, mengadu masalah, bermanja-manja dan keperluan-keperluan emosi lain oleh suami.

Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Dunia ialah kesenangan. Sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah.” [1410] Sahih Muslim

Oleh kerana besar dan pentingnya peranan isteri kepada suami, maka menjadi tanggungjawab suami agar menjaga pula perasaan dan emosi isteri agar masing-masing dapat menjalankan kewajipan masing-masing dan seterusnya dapat membina keluarga Islam yang cemerlang; dan seterusnya membentuk generasi masyarakat Islam yang hebat.

No comments:

Post a Comment