CIMA

Saturday, 22 December 2012

SUAMI KU EGO???????




Ego berasal dari bahasa latin yang bererti diri sendiri dan dikembangkan menjadi “kepentingan diri sendiri”. Jadi orang yang ego sering mementingkan dirinya sendiri, ingin selalu menang, serta tidak mahu mengalah atau memberi peluang kepada orang lain. Orang yang ego sering mendahulukan kepentingan diri sendiri berlebih-lebihan sehingga merugikan orang lain yang memiliki kepentingan yang sama.
Bagi suami jenis ini, yang penting baginya adalah isteri mahu melayani keperluannya tanpa pernah mahu berfikir apa kesusahan dan kesulitan isterinya. Selain itu, dia tidak mahu terlibat dalam apa jua masalah atau urusan yang berkaitan dengan keluarga.
Sudah tentu menyedarkan suami seperti ini terhadap tanggungjawabnya dalam rumahtanggatidaklah mudah. Suami yang ego ini selalunya sentiasa mahu orang lain juga sepertinya, tidak boleh kurang sedikit pun dan tidak mahu menerima kekurangan yang terdapat pada isterinya.
Oleh itu, bagaimana si isteri boleh menghadapi suami seperti jenis ini? antara langkah yang boleh diusahakan oleh isteri untuk menyelamatkan rumahtangganya adalah seperti berikut:
1 – Menerima kenyataan tersebut dengan penuh kesabaran dan pengertian terhadap watak suami dan kesedaran bahawa tidak mudah mengubah watak semacam itu.
2 – Isteri rajin bekerja dan tekun untuk memenuhi keperluannya sendiri dan anaknya dan cuba libatkan suami dalam pekerjaan – pekerjaan yang tidak memberatkan dan  mengganggu hobi suami sehingga suami boleh menyedari bahawa seseorang yang beristeri dan mempunyai anak – anak dituntut untuk memenuhi keperluan hidup sehari – hari keluarganya dengan  sepatutnya.
3 – Tidak banyak bercakap mengenai watak dan karekter suaminya, kerana tindakan ini tidak akan dipedulikan pun oleh si suami
Oopppp ^____*  hihihi jangan marah yer bum2.....

Friday, 21 December 2012

******PEMUDA#######



Rasulullah SAW pernah bersabda menerusi hadis riwayat al-tirmizi daripada Anas bin Malik r.a.bermaksud:
"Tidaklah seorang pemuda membiarkan (tanpa pembela) seorang tua kerana usianya,
kecuali Allah mentakdirkan baginya seorang yang akan memuliakannya pada usia lanjutnya."

Tersenyumlah jikalau ******



Tersenyumlah jikalau dirimu di uji
Tersenyumlah jikalau dirimu dilukai
Tersenyumlah jikalau dirimu dilupai
Tersenyumlah jikalau dirimu disakiti
Tersenyumlah jikalau dirimu ditindasi
Tersenyumlah jikalau dirimu dibebani
Tersenyumlah jikalau dirimu dikhianati

Hanya sabar dan syukur mencipta senyuman
Ya Allah, berilah aku kekuatan menghadapinya
jadikanlah senyumanku menjadi penawar dukaku

BELAJAR AL-QURAN ^_____@



AL-QURAN ialah wahyu ALLAH dan peninggalan Rasulullah 
yang akak kekal memandu manusia ke jalan yang diredai ALLAH sehingga kiamat.. 

kitab agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencukupi inti pati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat.kisah para nabi dan solehin untuk diteladani,hukum-hukum,suruhan,tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap Muslim.....