CIMA

Tuesday 3 March 2015

BERNIAGA CARA Rasullulah saw

1- Berniaga Kecil-Kecilan 
Rasullulah saw memulakan karier perniagaannya secara kecil-kecilan di kota Mekah. Baginda membeli barangan dari pasar dan menjualnya kepada orang lain. Inilah konsep asas dalam bidang perniagaan iaitu membeli dan menjual. 

2- Mencari Modal dan Pelabur 
Rasullulah saw menerima modal daripada para pelabur yang tidak sanggup menjalankan sendiri mereka. Mereka memberikan kepercayaan kepada seseorang yang mereka anggap jujur dana amanah (al-amin) untuk mengendalikan perniagaan dengan menggunakan harta dan wang mereka. Konsep ini berdasarkan kerjasama mudharabah samada melalui upah atau fee based atau perkongsian keuntungan (profit sharing). 

3- Berakhlak Mulia Sebagai Satu Jenama 
Dalam mengendalikan perniagaan Baginda menunjukkan akhlak yang hebat seperti kejujuran dan keteguhan memegang amanah yang diberikan. Akhlak yang tulus dan luhur salah satu kaedah Baginda melakukan penjenamaan perniagaannya. Baginda sentiasa mengutamakan pelanggan dalam perniagaan Baginda. Kesannya , ramai pemodal di Mekah bekerjasama dengan Rasullulah saw. 
Antaranya isterinya sendiri Khadijah binti Khuwalid menawarkan perjanjian konsep mudharabah (pembahagian hasil) . Melalui kaedah ini, Khadijah bertindak sebagai pemodal manakala Baginda sebagai pengendali modal. 

4- Perniagaan Lelong 
Contoh transaksi ini dapat dilihat melalaui hadis yang diriwayatkan oleh Anas ra. Nabi saw bersabda : "Ada sesiapa yang ingin membeli kain dan bekas minuman ini?" 

Ada seorang yang menawarkannya dengan harga 1 dirham. Kemudian Nabi bertanya sekiranya ada orang yang ingin membelinya dengan harga lebih tinggi.

Lalu datang seorang lelaki menawarkan sebanyak 2 dirham. Baginda menjualkannya kepada orang itu dengan harga 2 dirham. 
(Riwayat a-Tarmizi)

5- Pengunaan Sistem Kredit 
Ketika melakukan transaksi pembelian, kadangkala Nabi menggunakan sistem kredit. Bagi menunjukkan tanda terima kasih Baginda kepada orang yang telah memberikan hutang, Nabi Muhammad sering membayar hutang dengan melebihi harga yang diperoleh. 

Baginda bersabda: "Berikan kepadanya unta tersebut , sebab orang yang paling utama ialah orang yang menebus hutangnya dengan cara paling baik." (riwayat al-Bukhari) 

6- Menggalakkan Orang Lain Berniaga
Rasullulah saw sering menggalakkan dan membantu orang lain berniaga. Antara buktinya ialah sabda-sabda Nabi berikut : 

  1. Berusaha untuk mendapatkan yang halal adalah satu kewajipan, disamping tugasan yang telah diwajibkan."    (Riwayat Baihaqi)
  2. "Tidak ada satupun makanan yang lebih baik daripada yang dimakan daripada hasil keringat sendiri." (Riwayat al-Bukhari)
  3. "Peniaga jujur dan boleh dipercayai akan bersama-sama para nabi,para siddiq dan para syuhada."(Riwayat al-Bukhari) 
  4. "Allah memberikan rahmat kepada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual,membeli, dan membuat pernyataan."(Riwayat al-Bukhari)   

Wang Bukanlah Segala-galanya 
Ya, wang memang penting dalam kehidupan tetapi ia bukanlah satu matlamat hidup. Wang bukanlah segala-galanya, kita perlukan wang untuk hidup tetapi kita bukannya hidup untuk wang. Oleh itu, ikutlah resmi Rasullulah saw. 

Semakin kita senang, semakin kita tunduk kepada Maha Pencipta seperti resminya padi semakin berisi semakin tunduk merendah diri, tapi jangan hidup macam resminya lalang semakin tinggi semakin meninggi diri. Melalui sirah Baginda kita dapat pelajari:

  1. Wang bukanlah modal utama dalam perniagaan. Modal yang paling utama bagi insan ialah kejujuran dan usaha gigih
  2. Akidah dan akhlak tunjang utama dalam perniagaan. Oleh itu, Nabi melarang seseorang menyembunyikan kecacatan barang yang ingin dijual,menipu pembeli pembeli, dan melakukan tindakan yang salah. Sekiranya akidah dan akhlak kuat dan mantap,maka segala masalah dapat diatasi. 
  3. Menguasai ilmu perniagaan. Rasullulah saw menguasai ilmu perniagaan melalui pengalaman. Baginda juga menguasai dan mengetahui kebaikan sesuatu perniagaan dan bahaya riba hingga Rasullulah saw menggalakkkan jual beli dan mengharamkan sistem riba. 
  4. Berusaha gigih untuk memperolehi keuntungan, Bukannya menjalankan perniagaan secara sambil lewa. Bidang perniagaan menuntut para peniaga agar sentiasa gigih dan komitmed terhadap kerja yang dilakukan.  

Wednesday 9 October 2013

Hati Menjadi Hitam.......

Punca Hati Menjadi Hitam, Gelap, Keras dan Busuk

Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a, 
"Ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi gelap iaitu :-
-Perut yang selalu kekenyangan
-Bergaul dengan orang yang zalim
-Melupakan dosa yang lalu
-Angan-angan yang melambung.

Sedangkan ada empat perkara yang menyebabkan hati bercahaya iaitu :-
-perut yang lapar agar selalu berwaspada
-bergaul dengan orang yang soleh
-mengingat perbuatan dosa yang telah dilakukan
-tidak berangan-angan yang melambung

Friday 1 February 2013

Hobi my suami yang Terbaru


###JAGA IKAN BETTA  ELOK2 YER EN.SUAMI*****
Nie facebook si ikan laga...http://www.facebook.com/siikan.laga?fref=ts

Saturday 22 December 2012

SUAMI KU EGO???????




Ego berasal dari bahasa latin yang bererti diri sendiri dan dikembangkan menjadi “kepentingan diri sendiri”. Jadi orang yang ego sering mementingkan dirinya sendiri, ingin selalu menang, serta tidak mahu mengalah atau memberi peluang kepada orang lain. Orang yang ego sering mendahulukan kepentingan diri sendiri berlebih-lebihan sehingga merugikan orang lain yang memiliki kepentingan yang sama.
Bagi suami jenis ini, yang penting baginya adalah isteri mahu melayani keperluannya tanpa pernah mahu berfikir apa kesusahan dan kesulitan isterinya. Selain itu, dia tidak mahu terlibat dalam apa jua masalah atau urusan yang berkaitan dengan keluarga.
Sudah tentu menyedarkan suami seperti ini terhadap tanggungjawabnya dalam rumahtanggatidaklah mudah. Suami yang ego ini selalunya sentiasa mahu orang lain juga sepertinya, tidak boleh kurang sedikit pun dan tidak mahu menerima kekurangan yang terdapat pada isterinya.
Oleh itu, bagaimana si isteri boleh menghadapi suami seperti jenis ini? antara langkah yang boleh diusahakan oleh isteri untuk menyelamatkan rumahtangganya adalah seperti berikut:
1 – Menerima kenyataan tersebut dengan penuh kesabaran dan pengertian terhadap watak suami dan kesedaran bahawa tidak mudah mengubah watak semacam itu.
2 – Isteri rajin bekerja dan tekun untuk memenuhi keperluannya sendiri dan anaknya dan cuba libatkan suami dalam pekerjaan – pekerjaan yang tidak memberatkan dan  mengganggu hobi suami sehingga suami boleh menyedari bahawa seseorang yang beristeri dan mempunyai anak – anak dituntut untuk memenuhi keperluan hidup sehari – hari keluarganya dengan  sepatutnya.
3 – Tidak banyak bercakap mengenai watak dan karekter suaminya, kerana tindakan ini tidak akan dipedulikan pun oleh si suami
Oopppp ^____*  hihihi jangan marah yer bum2.....