CIMA

Wednesday, 31 October 2012

4. Bersabar Dengan Kerenah Dan Maafkanlah Mereka

Terjemahan : Surah An-Nahl [16] : 92

92. Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat....

Mengikut tafsir Ibn Katsir ayat di atas adalah ayat perumpamaan. Perumpamaannya mengenai orang yang melanggar janjinya setelah bersumpah.

Tetapi perumpamaan dalam Al-Quran sangat hebat dan kadangkal
a satu ayatnya mengandungi pelbagai makna dan pengajaran yang boleh diambil, asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat, ilmu pengetahuan atau bertentangan dengan Al-Quran dan hadis yang lain.

Mengapa ayat di atas tidak ditulis lelaki yang menguraikan simpulan? Ini kerana yang selalu kita lihat, lelaki apabila menjumpai simpulan pasti akan mengguntingnya saja. Perempuan pula lebih sabar dan teliti. Ini adalah perumpamaan.

Di sebalik kesabaran dan ketelitian wanita menguraikan simpulan tersebut, lelaki melihatnya sebagai; wanita itu suka kepada perkara yang remeh dan banyak kerenah. Inilah antara perbezaan besar antara lelaki dan wanita dan yang indahnya, perbezaan inilah yang menerbitkan komunikasi. Komunikasi pula membantu menjana hubungan suami isteri supaya sentiasa hangat.

Oleh kerana itu kadangkala kita melihat wanita lebih banyak bercakap dan cakapnya pula kadangkala ‘tidak bertapis’. (Terdapat juga di dalam hadis-hadis mengenai perkara ini seperti apa yang dilakukan oleh isteri-isteri Rasulullah saw kepada Rasulullah saw sendiri serta kepada madu mereka Safiah binti Huyay (keturunan yahudi). Rasulullah saw telah mengendalikannya dengan penuh bijaksana).

Janganlah difikir sangat perkara itu kerana itu memang fitrah wanita (banyak kerenah dan kadangkala sukar difahami kerana dalamnya perasaan mereka). Jangan sekali-kali kerana hal itu (terasa hati kerana percakapan wanita), kita memukul dan mencaci-caci mereka. Bersabarlah dengan isteri dan sentiasa memaafkan mereka. Di dalam hadis;

Dari Muawiyah Al-Qusyairi r.a : (Lanjutan dari hadis di atas).... “Janganlah kalian memukul mereka (isteri) dan jangan pula mencaci mereka.” [2144] Sahih Abu Daud

Dari Aisyah r.ha, ia berkata : Rasulullah saw tidak pernah memukul seorang pun dari pembantu beliau dan tidak juga isteri dan Beliau tidak pernah memukul apa pun dengan tangan Beliau. [1627] Sahih Ibnu Majah

No comments:

Post a Comment