CIMA

Wednesday, 20 June 2012

PANTUN MARI BERSOLAT






AWAL MULA IBLIS MEMUSUHI MANUSIA


Kisah penciptaan manusia pertama oleh Allah SWT itu diulang-ulangi beberapa kali penceritaannya dalam Al-Quran. Setiap kali diulangi ia diberi penekanan yang berbeza. Dalam surah al-A’raf misalnya, apabila peristiwa itu diceritakan lagi, penekanan diberikan kepada sebab-sebab mengapa iblis tidak mahu tunduk kepada manusia. Di sini juga dijelaskan asal bermulanya permusuhan antara iblis dan manusia. Suatu permusuhan yang abadi, bermula dari detik manusia pertama diciptakan oleh Allah di syurga, hinggalah ke hari-hari akhir sebelum kehidupan manusia di dunia ini diakhiri dengan kedatangan Kiamat. Al-Quran merakamkan ulangan peristiwa ini pada surah al-A’raf ayat 11-25, seperti berikut:
Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu, lalu Kami bentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kepada Adam.” Mereka semua sujud, kecuali Iblis, dia tidak termasuk dalam golongan yang sujud. (11)
Allah berfirman : “Apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahkan kamu?” Dia menjawab: “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, dan Engkau ciptakan dia daripada tanah.” (12)
Allah berfirman: “Turunlah kamu darinya, kerana tidak patut kamu berlaku sombong di dalamnya. Oleh itu, keluarlah. Sesungguhnya kamu dari golongan yang hina.” (13)
Iblis berkata: “Berilah aku tempoh hingga hingga hari mereka dibangkitkan.” (14)
Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu dari golongan yang diberi tempoh.” (15)
Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat, maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku akan datangi mereka dari hadapan mereka dan dari belakang mereka, serta kiri dan kanan mereka, dan engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” (16-17)
Allah berfirman: “Keluarlah kamu darinya sebagai makhluk yang terhina dan terusir. Sesiapa di antara mereka yang mengikutku, tetap Aku akan penuhi neraka jahanam dengan golongan kamu semuanya.” (18)
“Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga, dan makanlah apa sahaja yang kamu berdua sukai sepuas-puasnya. dan jangan kamu hampiri pohon ini, kelak kamu berdua menjadi golongan yang zalim.” (19)
Maka syaitan pun membisikkan hasutan kepada mereka, supaya menampakkan kepada meraka aurat mereka yang tertutup dari mereka, sambil berkata, “Tidakkah Tuhan kamu melarang kamu dari menghampiri pohon ini melainkan kamu berdua akan menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal.” (20)
Dan dia bersumpah kepada kedua-duanya: “Sesungguhnya aku adalah dari golongan yang memberi nasihat kepada kamu berdua.” (21)
Maka dianjurkanlah kedua mereka dengan tipudaya, dan setelah mereka merasai pohon itu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka bergegas menutupnya dengan daun-daun syurga. Maka Tuhan pun menyeru mereka, “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon itu, dan Aku telah katakan kepada kamu bahawa syaitan itu bagai kamu adalah musuh yang nyata?” (22)
Mereka berdua merayu, “Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan dan berikan kami rahmat, nescaya jadilah kami orang-orang yang rugi.” (23)
Allah berfirman: “Turunlah kamu semua. Sebahagian menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi dan juga dberi kesenangan hingga suatu ketika.” (24)
Allah berfirman lagi,”Di bumi ini kamu hidup dan disitu juga kamu mati, dan daripadanya kamu akan dikeluarkan.” (25)

TATKALA TUHAN MENCIPTA MANUSIA


 Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah SWT,
yakni Adam 'alaihis-salam (as),yang terkandung didalam surah al-Baqarah,ayat 30-38,seperti berikut:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [30]

 Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". [31]

 Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".[32]

 Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". [33]

 Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.[34]

 Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".[35]

 Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".[36]

 Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.[37]

 Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".[38]

NABI YANG SELALU TIADA MAKAN


Kita pernah membaca cerita Nabi Muhammad s.a.w. yang dikisahkan selalu mengalami lapar, perut kosong kerana tidak makan, hingga ada waktunya terpaksa perutnya diikat dengan batu. Sukar hendak kita bayangkan bagaimana perut kosong yang perlu dibantu supaya tidak terasa terlalu pedih kelaparan, dengan mengikatkan ketul-ketul batu pada perut itu.
Dalam buku Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman hasil karya Tok Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat (2008), antara lain digambarkan sewaktu membuat persiapan Perang Ahzab, Rasulullah s.a.w. turut bersama-sama dengan para sahabat, memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan.
Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati. Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah s.a.w. mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong.
Dalam buku Meraih Keampunan Allah karangan Jamilah al-Mashri (2004), terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari, Fatimah memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata : “Ini adalah makanan pertama yang dimakan oleh ayahmu sejak tiga hari yang lalu.”
Bayangkan! Rasulullah tiga hari tak makan! Ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, “Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya : ‘Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?’ Baginda menjawab : ‘Lapar, wahai Abu Hurairah’.”
Dan ada beberapa peristiwa lagi sirah Rasulullah, yang menyebabkan kita berfikir – alangkah berbezanya dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.
Tentulah ini bukan cerita tentang kedhoifan. Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya baginda memilih untuk menjadi kaya. Baginda sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Siti Khadijah, mengamanahkan perniagaan kepada baginda s.a.w.
Para sahabat seperti Othman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf adalah orang-orang kaya yang banyak harta dan sentiasa mahu menyumbang. Kemudian, hasil rampasan perang pun, boleh memberikan kekayaan kepada Nabi s.a.w. sekiranya baginda mahu mengambil bahagiannya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, daripada Umar Al-Khattab, katanya : Pada suatu hari, saya masuk menemui Rasulullah s.a.w. di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda tidak menggunakan sebarang alas untuk mengalaskan antara tubuhnya dengan pasir. Kesan-kesan pasir jelas kelihatan di bahagian rusuknya.

Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi, baginda tidak memilih yang itu.

Thursday, 14 June 2012


Ya Allah, saya memohon kepada-Mu, rahmat dari sisi-Mu. Dengan rahmat-Mu Engkau menerangi hatiku. Dengan rahmat-Mu Engkau mengumpulkan dan memudahkan urusanku. Dengan rahmat-Mu Engkau balikkan sesuatu yang tiada dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau Angkat kesaksianku. Dengan rahmat-Mu Engkau sucikan amalku. Dengan rahmat-Mu Engkau ilhamkan kedewasaanku. Dengan rahmat-Mu Engkau kembalikan sesuatu yang hilang dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau jaga aku dari segala keburukan.”
“Ya Allah, karuniakan kepadaku keimanan dan keyakinan yang tidak ada kekufuran lagi setelahnya. Ya Allah karuniakan kepadaku rahmat, yang dengannya aku memperoleh kemulyaan-Mu, di dunia dan di akhirat. Ya Allah, saya mohon kepada-Mu keberhasilan dan keberuntungan dalam takdir. Predikat orang-orang syahid. Kehidupan yang bahagia. Dan pertolongan dalam menghadapi musuh.”
“Ya Allah, saya sampaikan kepada-Mu segala hajatku. Pendeknya pikiranku. Lemahnya amalku. Saya sangat membutuhkan rahmat-Mu. Karena itu, Ya Allah, saya memohon kepada-Mu, Wahai Dzat Yang Mengabulkan segala urusan. Wahai Dzat yang Melapangkan dada. Sebagaimana Engkau mudah mengalirkan (air) di antara lautan. Maka saya mohon agar Engkau menghindarkanku dari siksa menyala-nyala. Menghindarkanku dari do’a yang sia-sia. Dan dari fitnah kubur. Ya Allah, sungguh, sangat pendek pikiranku tentang itu. Urusanku tidak sampai menjangkaunya. Dan niatku tidak sampai melampauinya, dari kebaikan yang telah Engkau janjikan kepada seseorang dari makhluk-Mu. Atau kebaikan yang Engkau berikan kepada seseorang dari hamba-hamba-Mu. Dan karena itu saya rindu kepada-Mu akan itu. Saya memohon kepada-Mu bisa mendapatkannya dengan rahmat-Mu, Ya Rabbal ‘Alamin.”
“Ya Allah, Dzat Yang mempunyai tali yang kuat dan urusan yang baik. Ya Allah, saya memohon kepada-Mu rasa aman di hari persaksian. Syurga di hari kekekalan. Bersama orang-orang dekat lagi syuhada’. Bersama orang-orang yang rukuk lagi sujud. Bersama dengan orang-orang yang memenuhi janji-janjinya. Ya Allah, Sungguh Engkau Maha Cinta dan Kasih-Sayang. Dan Engkau bekerja sesuai dengan apa yang Engkau kehendaki sendiri.”
“Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang menjadi sebab orang lain mendapat petunjuk, dan kami sendiri bagian dari orang-orang yang mendapatkan petunjuk. Bukan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan. Damai terhadap penolong-penolong-Mu. Perang terhadap musuh-musuh-Mu. Kami cinta dengan cinta-Mu kepada orang yang mencintai-Mu. Kami menentang dengan permusuhan-Mu terhadap orang yang melawan-Mu. Ya Allah, inilah do’a, telah kami panjatkan, karena itu sewajarnya Engkau mengabulkan. Ya Allah, kesungguhan telah kami buktikan, oleh karena itu Engkau pasti melepangkan.”
“Ya Allah, saya hamba-Mu, putra dari hamba-Mu, putra dari budak-Mu. Ubun-ubunku berada dalam genggaman-Mu. Hukum-Mu berlaku bagiku. Adil putusan-Mu padaku. Saya memohon kepada-Mu dengan menyebut segala nama-Mu. Nama Yang Engkau sendiri menamai-Mu. Atau nama yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu. Atau nama yang telah Engkau ajarkan kepada salah satu makhluk-Mu. Atau nama yang hanya Engkau yang tahu karena Engkau rahasiakan dalam sisi-Mu. Agar Engkau, Ya Allah, menjadikan Al Qur’an sebagai pelita hatiku. Sebagai cahaya bagi dadaku. Sebagai penawar kegelisahanku. Sebagai penghalau kegundahanku.”
“Ya Allah, sayangi aku untuk meninggalkan maksiat dan dosa, selamanya, selama Engkau menghidupkanku. Ya Allah, sayangi aku, agar Engkau tidak membebani aku di luar kemampuanku. Ya Allah, karuniakan kepadaku penglihatan yang indah terhadap sesuatu yang Engkau ridhai dariku. Ya Allah, Pencipta langit dan bumi. Dzat Yang Maha Tinggi lagi Terhormat. Mulya yang tiada duanya. Ya Allah, saya memohon kepada-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Kasih. Saya memohon kepada-Mu dengan kemulyaan Engkau dan cahaya Wajah-Mu, agar Engkau meneguhkan hatiku dalam menjaga kitab-Mu, sebagaimana Engkau mengajarkan itu kepada kami. Karuniakan kepadaku kekuatan untuk selalu membacanya sesuai yang Engkau ridhai.”
“Ya Allah, Pencipta langit dan bumi. Dzat Yang Maha Tinggi lagi Mulya.Yang memiliki Kehormatan tiada tanding. Ya Allah, saya memohon kepada-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Kasih. Saya memohon kepada-Mu dengan kemulyaan-Mu dan cahaya Wajah-Mu, agar Engkau menerangi penglihatanku dengan Kitab-Mu. Agar Engkau melancarkan lisanku dengan kitab-Mu. Agar Engkau lapangkan hatiku dengan Kitab-Mu. Agar Engkau luaskan dadaku dengan Kitab-Mu. Agar Engkau bersihkan badanku dengan Kitab-Mu. Karena tidak ada yang bisa menolongku dalam menjalankan kebaikan selain-Mu. Tiada yang bisa mendatangkan kebaikan kepadaku selain Engkau. Dan tidak ada daya dan upaya kecuali datang dari Engkau, Ya Allah, Dzat yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

MY 남편

**aku ingin bersamamu hingga di batas waktuku**