CIMA

Friday, 28 September 2012

*KEHALALAN.......

Yang dimaksudkan dengan aturan di sini adalah,kaedah yang diamalkan oleh Nabi s.a.w.serta anjuran kepada kita.agar kita berpegang dengan kaedah tersebut dalam hal apa yang kita makan.dan apa yang kita minum.Aturan Nabi s.a.w. ini tertumpu pada dua hal pokok,iaitu :

  • Kehalalan.
  • Kesederhanaan


*KEHALALAN

    yang kami maksudkan dengan kehalalan adalah,hendaklah makanan dan minuman itu berupa hal yang dihalalkan oleh ALLAH S.W.T.,serta jauh dari hal yang diharamkan-Nya.

  sesungguhnya tidak boleh berubat dengan sesuatu yang haram sesuai dengan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi,

("tidak Allah menjadikan kesembuhan umatku pada sesuatu yang diharamkan atasnya.")

 Maka sudah tentu dilarang pula menyantap makanan yang haram hukumnya.AL-Quran al-karim yang merupakan undang-undang kita,telah memberikan batasan-batasan pada sesuatu yang boleh kita makan.sebagaimana firman ALLAH S.W.T.,

("Wahai orang-orang yang beriman.makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu..")...-al-Baqarah :172-

 ALLAH S.W.T. telah berfirman,

(" Wahai Rasul-Rasul,makanlah dari makanan yang baik-baik,dan kerjakanlah amal yang soleh...")-al- Mu`minuun :51 -

 Dalam ayat ini ada perintah untuk memakan makanan yang baik-baik,dan pada ketika yang sama,ada perintah agar menjauhi makanan yang buruk-buruk,serta makanan yang diharamkan.

ALLAH terlah berfirman pula,

("Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk...")
-al-A`raaf :157-

Rasulullah s.a.w. terlah bersabda,

("Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram,tentu api neraka itu lebih berhak terhadapnya")

 makanan yang haram itu tidak terbatas pada bangkai,daging babi dan khamr semata,bahkan melampaui itu semua.kerana terkadang sesuatu itu sendiri haram pada zatnya seperti yang terlah kami sebut kan tadi.terkadang pula ada sesuatu yang zatnya itu halal,namun sesuatu itu diperolehi dengan cara haram seperti mencuri.merampas.merasuah,dan pelbagai jalan haram lainnya.ALLAH S.W.T. terlah berfirman,

("Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim,sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala(neraka).")-al-Nisaa :10-

  Seseungguhnya pencarian terhadap kehalalan makanan dan minuman,serta segala urusan hidup adalah merupakan asa pokok yang paling utama bagi terbentuknya badan yang kuat,serta selamat dari pelbagai penyakit.


No comments:

Post a Comment